STANDAR INTERNASIONAL
E-LEARNING
Dasar
E-Pembelajaran Negara
(Depan) Untuk
Institusi Pengajian
Tinggi
Asia
e University, Ogos 2010
Selain standar nasional yang diberlakukan dinegara
kita sebagai standar mutu pembelajaran e-learning. Diluar sana juga terdapat dasar
e-pembelajaran Negara yang dapat dikatakan sebagai standar internasional
mengenai e-learning. Hal-hal yang dipertimbangkan dan di olah matang-matang
agar dapat terwujud system pembelajaran e-learning yang bermutu dan baik.
Beberapa diantaranya mengenai :
ASAS-ASAS
PERTIMBANGAN
Dasar e-pembelajaran yang digubal
pertama, harus mempertimbangkan kumpulan sasaran yang akan menggunakan
e-pembelajaran dan stakeholders yang terlibat. Dalam konteks pengajian
tinggi pemegang taruh atau stakeholders yang bertanggungjawab adalah Kementerian
Pengajian Tinggi, Naib Canselor/Presiden/Rektor universiti dan Pengetua Politeknik
dan Kolej Komuniti. Manakala pengguna e-pembelajaran adalah kakitangan akademik
dan bukan akademik dan pelajar. Kedua, dasar e-pembelajaran juga harus
menentukan siapa yang akan memilih, mengumpul atau membina bahan
e-pembelajaran. Apakah polisi yang harus diguna pakai oleh semua IPT dari segi
etika, hak cipta, harta intelek, ganjaran untuk memudah, menggalak dan
meningkatkan penggunaan e-pembelajaran?. Ketiga, adalah berkaitan dengan
latihan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah - pelajar, stakeholders dan
pembina e-pembelajaran. Latihan dalam e-pembelajaran mencakupi aspek
pengetahuan dan kemahiran teknologi dan pedagogi. Setiap kakitangan akademik
harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam konsep dan operasi
teknologi pembelajaran dan asas teori dan amalan e-pembelajaran. Pelajar harus
didedahkan dengan budaya belajar menggunakan bahan dan alat elektronik serta
bahan pembelajaran berasaskan web dalam bentuk sinkronous atau asinkronous.
Bagi pembina bahan e-pembelajaran, mereka harus dilatih kaedah membina bahan
menggunakan prinsip reka bentuk instruksional.
Untuk ini satu organisasi harus di
tubuhkan untuk mengendalikan kursus reka bentuk dan bina bahan e-pembelajaran
serta menjalankan P & P. Organisasi ini harus memberi tumpuan kepada
e-pembelajaran dan P & P sebagai satu industri istimewa bagi IPT yang mengamalkan
pembelajaran terbuka dan jarak jauh. Keempat, dasar ini juga digubal dengan
memberi pertimbangan kepada infrastruktur dan kemudahan fizikal dan peralatan
yang akan menyokong pelaksanaan e-pembelajaran di IPT.
Apakah kriteria atau penanda aras dari
segi infrastruktur dan scalability bagi sesebuah institusi untuk
mencapai atau mengakses Internet? Adakah capaian ini bergantung kepada status
institusi, jenis kursus, bilangan kursus atau bilangan pelajar? Dari segi
kemudahan fizikal dan peralatan, apakah kelengkapan dan peralatan ICT asas yang
diperlukan untuk melaksanakan pembelajaran multimedia atau e-pembelajaran. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa kebaikan menggunakan pendekatan epembelajaran dalam
sistem pembelajaran terbuka dan jarak jauh (Anuar, 2005 ). Faedah epembelajaran
boleh disimpulkan seperti berikut:
a.
Fleksibel, mudah capai, kemudahan:
Pelajar
boleh akses bahan e-pembelajaran pada bila-bila masa dan belajar mengikut kadar
dan masa yang sesuai bagi mereka.
b.
Kepelbagaian sistem operasi:
Pelajar
boleh akses kandungan melalui sistem operasi window-based, Mac-based atau
UNIXbased.
c.
Kos sebaran terendah:
Setelah
e-kandungan dibina dan dimuat naik ke dalam pelayan, ia menjadi murah untuk diedarkan
di dalam dan luar negeri.
d.
Mudah dikemas kini
e-kandungan
mudah dikemas kini dan boleh diakses serta merta oleh pelajar.
e.
Pembelajaran kolaboratif
E-pembelajaran
menggalakkan pembelajaran kolaboratif yang membolehkan pelajar terlibat dan
memberi pengalaman pembelajaran yang lebih baik.
f.
Scalability
E-kandungan
boleh disampaikan kepada kumpulan kecil dan kumpulan besar pelajar dengan cara
mudah.
Sumber : Asia e University . 2010. Dasar E-Pembelajaran
Negara (Depan) Untuk Institusi Pengajian Tinggi. Ogos.Pdf
Download dan pelajari
filenya di http://www.ziddu.com/download/21158079/dasar-e-pendidikan-negara.pdf.html:
0 komentar:
Posting Komentar